Skip to main content

Posts

Chosen

Dah lama tak menulis. Otak pun makin tepu, yang tinggal cuma rongga kesah tak berkesudahan. Hari ini aku kembali teringat akan harga sebuah karya yang mungkin tidak akan termengerti ramai. Maka aku kembali, tanpa siapa pun yang peduli cuma aku.

Aku baru pulang dari klinik. Sakit jasad yang datangnya tanpa salam, tanpa aku bersedia. Aku sapa dia kembali, siram dia dengan kasih sayang supaya dia segera sembuh. Penat aku mahu bergelut dengan sakitnya dia.

Kau doakanlah aku cepat sembuh. Mahu kembali lincah di tempat kerja buat suapan makan satu kali sehari. Kau rindu mahu makan apa? Aku rindu ikan bakar cicah air asam. Ah, lazatnya melebihi kasih sayang dan segala nodamu!

Latest posts